“Ini apa yang saya suka” - Gadis jelita penuh yakin berzumba dalam MRT

Aksi Nurin menari dalam MRT yang menarik perhatian ramai.

AKSI bersahaja seorang gadis bertudung yang menari dalam koc Transit Aliran Masa (MRT) menerima pelbagai reaksi menerusi laman Twitter.

Selain memuji kelincahan gerak tari serta wajahnya yang jelita, segelintir netizen turut mempertikaikan tindakannya yang dianggap kurang sopan.

Bercakap kepada mStar, Nurin Afiqah Zulkifli berkata, dia sekadar mahu menyebarkan aura positif menerusi video itu yang direkod sekitar dua minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bukan Nak Perang Jantina” - Wira Komuter Pink

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu digelar syaitan, usahawan ini dikecam sekali lagi beralih dari tudung labuh ke tudung bawal, “Tak suka jangan follow”

Tambah gadis berusia 23 yang mesra disapa Nurin itu, dia sedar dengan komen negatif yang diterimanya dan cuba untuk memperbaiki kekurangan diri pada masa akan datang.

Paparan skrin aksi tarian Nurin dalam rakaman berkenaan.

"Ia sebenarnya rakaman untuk satu jenama pakaian. Saya memang tahu ia mungkin akan jadi topik hangat bila wanita berhijab menari.

"Tapi ini merupakan apa yang saya suka. Saya juga sudah tiga tahun jadi jurulatih zumba. Baca komen tu terasa juga, tapi saya tak mahu balas semula.

"Apa yang mereka kata tu betul, saya ambil sebagai nasihat untuk perbaiki diri pada masa akan datang. Orang tegur, kita perbaiki," katanya sewaktu dihubungi.

Saya menari untuk suka-suka sahaja, lebih kepada kecergasan diri. Malas pergi gim atau jogging, boleh zumba.

NURIN AFIQAH ZULKIFLI

Menurut graduan bidang Pengurusan Perniagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, dia juga tidak menyangka video berkenaan akan menerima lebih setengah juta tontonan menerusi Twitter sejak dimuat naik Khamis lalu.

Sebelum ini, video Nurin melakukan Bottlecap challenge pada awal Julai lalu turut tular dan menerima lebih satu juta tontonan.

Selain komen berkenaan aksinya, ramai netizen turut tertanya-tanya mengenai rahsia kecantikan anak kelahiran Selangor itu.

Ramai netizen turut memuji kecantikan Nurin.

Kata Nurin, dia tidak mempunyai sebarang petua khusus sebaliknya banyak minum air kosong sepanjang masa.

Bercerita mengenai kecintaannya terhadap zumba, Nurin mengakui ia merupakan alternatif meneyronokkan buat mereka yang malas untuk melakukan senaman biasa atau berkunjung ke gim.

"Saya menari untuk suka-suka sahaja, lebih kepada kecergasan diri. Malas pergi gim atau jogging, boleh zumba.

"Saya sebenarnya berhasrat untuk tembusi setiap universiti di negara ini dan buat program zumba.

"Untuk rahsia penjagaan wajah, saya memang obses dengan air kosong. Setiap hari kena banyak minum air kosong," ujarnya lagi.

Video Bottlecap Challenge Nurin yang menerima lebih sejuta tontonan di Twitter.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menghujani posting video Nurin dengan pelbagai komen.

"Saya berada dalam MRT sewaktu video ini dirakam. Saya kagumi keberanian awak menari di tempat awam bersendirian. Bagi sikit keyakinan diri tu kat saya.

"Nurin menarilah macam mana pun tetap lawa. Aku kalau menari macam ni kena siram dengan air beras kot.

'Agak-agak jatuh tak hukum haram tu kalau dia buat rakaman di khalayak ramai, pastu mesti lelaki pon tengok. Then terus post kat Twitter secara umum camni. Agak-agak macam mana?" komen beberapa netizen.

Nurin Afiqah, zumba, MRT, tarian

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain