suria

Jurutera muda terduduk lihat kereta ibu hancur ditimpa struktur bangunan, “Mak menangis pada pagi raya”

Keadaan kereta milik ibu Aliff yang rosak teruk menerusi kejadian pada Jumaat lalu.

SEDIH sampai terduduk, begitulah reaksi seorang jurutera muda apabila melihat kereta milik ibunya ranap ditimpa runtuhan struktur bangunan akibat kejadian ribut di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

Menurut Mohamad Aliff Mohamad Faazillah, 24, dia berada di Kelantan atas tujuan kerja sewaktu hari kejadian dan hanya mengetahui berita itu keesokan harinya, pada Sabtu sebelum menaiki penerbangan untuk pulang ke Pulau Pinang.

"Kejadian berlaku di kawasan kondominium tempat saya tinggal. Saya parking kereta tu di kawasan hadapan bangunan rumah kedai. Struktur atas bangunan tu runtuh akibat ribut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan birthday adik bertukar tragedi! Kek hancur... kakak cedera diseret peragut, rasa bersalah kawan pun kena sekali

ARTIKEL BERKAITAN: Tunang baik hati tolong jaga, siap ‘tinted’ cermin kereta, tapi apakan daya niat disalah erti, “Tak ada benda lain ke nak fikir?”

"Masa kat Kelantan, dalam pukul 2 pagi kawan saya ada call. Tapi saya dah tidur. Pagi esoknya sebelum naik flight, baru saya dapat tahu.

Perkongsian Aliff menerusi Twitter miliknya.

"Sampai Penang, saya ambik Grab terus pulang. Berhenti betul-betul belakang kereta milik mak saya, memang sedih sampai terduduk," ujarnya yang mesra disapa Faiz sewaktu dihubungi mStar.

Kereta tu rosak teruk di bahagian hadapan, memang total lost. Saya pun tak jangka sebab masa parking tu, cuaca elok je.

MOHAMAD ALIFF MOHAMAD FAAZILLAH

Kata Faiz lagi, dia mula menggunakan kereta Naza Citra milik ibunya itu sejak bertugas sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta, tiga bulan lalu.

Malah, ibu kepada Faiz iaitu Che Nor Azizah Hassan, 52, turut menangis kerana sedih atas kejadian yang menimpa anaknya.

"Yang buat saya lagi sedih sebab mak menangis. Mak menangis pada pagi raya (Aidiladha). Tapi nasib baik pejabat dekat dengan rumah, boleh jalan kaki dalam sepuluh minit je.

Aliff bersama keluarganya.

"Cuma susah sikit nak keluar pergi jumpa client lepas ni, mungkin kena ambil Grab. Tapi saya reda dengan apa yang berlaku, benda ni di luar kawalan dan jangkaan.

"Kereta tu rosak teruk di bahagian hadapan, memang total lost. Saya pun tak jangka sebab masa parking tu, cuaca elok je.

"Saya berharap dapat perhatian pihak pemaju bangunan tu bagi pampasan atas kejadian ni disebabkan kegagalan struktur bangunan mereka," katanya lagi.

Dalam pada itu, Faiz juga sudah membuat laporan berkaitan kejadian itu di Balai Polis Bayan Lepas pada Sabtu

Struktur binaan bangunan yang jatuh menghempap kereta milik ibu Aliff.

Faiz turut berkongsi foto-foto kejadian menerusi laman Twitter miliknya sehingga ia menjadi tular.

Selain menerima lebih 8,000 ulang kicau (Retweet), ramai netizen turut memberi kata-kata semangat dan meminta dia bersabar atas dugaan itu.

"Be strong bro, InsyaAllah ada hikmah besar yang Allah nak bagi di sebalik ujian ni. Hikmah paling besar adalah kau masih hidup.

"Kuatkan hati moga Allah ganti dengan yang lebih baik.

"Semoga dipermudahkan urusan dilimpahkan rezeki semewah mewahnya," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
ribut, runtuhan, tragedi

Artikel Lain