suria

Datang paling lambat, pelajar ini akur buat show percuma demi selamatkan satu kelas, “RM50 harga standard satu lagu”

Ikhmal didenda menyanyi kerana lewat sampai ke kelas tambahan subjek Bahasa Inggeris.

SETIAP daripada kita tentu sekali pernah melalui pengalaman kena denda dengan cikgu semasa zaman persekolahan.

Ada yang pernah berdiri atas kerusi gara-gara tak bawa buku ke sekolah, tak kurang juga yang kena rotan.

Namun berbeza dengan seorang pelajar yang didenda cikgunya untuk menyanyi gara-gara lambat sampai ke kelas tambahan.

Video Noor Ikhmal Haqim Noor Azhar, 17, menyanyikan lagu Anta Permana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menjadi tular selepas rakaman itu dimuat naik rakan sekelasnya di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kantoi tumbuk cili sambil nyanyi lagu jiwang ciptaan sendiri, malu bukan sebab suara, “Tak pakai baju, segan sikit”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

Rata-rata netizen kagum dan memuji kelunakan suara pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan, Pahang itu.

Noor Ikhmal Haqim Noor Azhar.

Noor Ikhmal atau lebih mesra disapa Ikhmal berkata dia sampai ke kelas tambahan Bahasa Inggeris itu kira-kira pukul 10 malam, setengah jam sebelum kelas habis.

Pada awalnya anak kedua daripada tiga beradik itu mengaku bimbang dengan reaksi gurunya tetapi terkejut dengan apa yang berlaku pada malam itu.

"Ingatkan tak nak pergi tapi pergi jugalah sebab nak tahu juga ada homework ke apa. Mula-mula teacher Ratna macam nak marah tapi sebab saya cakap saya pergi tolong ayah dia tak jadi nak marah.

Masa darjah tiga saya ada daftar nak sertai satu pertandingan nyanyian. Tapi tiba-tiba saya tak jadi nak nyanyi sebab ada halangan tertentu. Saya memang frust.

NOOR IKHMAL HAQIM NOOR AZHAR

"Lepas tu teacher tanya pada rakan di kelas apa nak buat dengan saya ni dan semua cakap nyanyi... nyanyi. Jadi teacher Ratna pun setuju. Mula-mula dia suruh saya nyanyi lagu Haqiem Rusli tapi saya tak tahu sangat lagu tu.

"Dia pun kata lagu apa-apa je. Lepas tu satu kelas minta saya nyanyi lagu Siti Nurhaliza. Teacher pun cakap OK dan kalau saya tak nyanyi semua tak boleh balik. Jadi apakan daya saya pun nyanyilah," katanya.

Menurut Ikhmal, dia memang suka menyanyi dan pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang penghibur.

Antara komen netizen terhadap nyanyian Ikhmal.

"Masa darjah tiga saya ada daftar nak sertai satu pertandingan nyanyian. Tapi tiba-tiba saya tak jadi nak nyanyi sebab ada halangan tertentu. Saya memang frust.

"Dari situ minat untuk menyanyi tu mula timbul. Lagipun satu keluarga boleh menyanyi. Memang saya ada cita-cita nak jadi penyanyi tapi mak ayah cakap belajar pun penting, jadi kena seimbangkan," katanya.

Malah Ikhmal berkata dia turut mendapat undangan untuk menyanyi di majlis perkahwinan sekitar Kuantan, Pahang.

"Walaupun tahun ni SPM, saya masih lagi ambil job asalkan tak bertembung dengan jadual pelajaran. Selalunya saya tak tetapkan harga sangat tapi satu lagu biasa orang bayar RM50.

Ikhmal sering memuat naik cover lagu di Instagramnya.

"Itu kiranya standard harga untuk satu lagu. Biasanya saya nyanyi lagu balada macam Cinta Sonata Musim Salju dan Anta Permana," katanya yang amat meminati Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Hazami.

Sementara itu, ditanya mengenai reaksinya terhadap komen netizen, Ikhmal berkata dia amat terharu dan tidak menduga nyanyiannya itu diterima ramai.

"Saya rasa terharu sebab saya pun ada cover dekat IG tapi tak viral macam ni. Inilah kali pertama saya viral di Twitter.

"Saya pun tak pernah ada Twitter. Jadi saya memang terkejut. Tak sangka ramai komen positif nyanyian saya. Terima kasih semua," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
denda, nyanyian, kelas tambahan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain