suria

Sakit perut makan pedas sampai koyak seluar dalam? Pelajar terpaksa beri penjelasan, akui postingnya ‘masuk air’

Tweet Syafiq mengenai ayam goreng ekstra pedas mengundang kecaman netizen.

NIAT seorang pemuda untuk bergurau dengan rakan-rakannya di Twitter mengenai tahap kepedasan ayam goreng keluaran terbaharu sebuah restoran makanan segera nampaknya tidak dapat diterima segelintir netizen.

Gara-gara perkataan tembus s****** dan sekeping gambar seluar koyak yang dikongsinya di Twitter menyebabkan pemuda berusia 21 tahun itu dikecam.

Muhammad Syafiq ketika dihubungi mStar menjelaskan postingnya itu hanya sekadar gurauan dengan rakan-rakannya di Twitter.

"Sebenarnya saya dan abang saya pergi makan dekat McD. Cashier cakap ayam biasa dah habis tinggal 3x pedas. Jadi kami pun ambil je sebab yang biasa pun tak pedas.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Ayam goreng pedas Nene akan buat anda menangis kesedapan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tipu! Ayam gepuk Pak Gambus tahap pedas gila

"Kami ingatkan pedas sikit, rupa-rupanya (pedas) teruk. Balik tu saya pun tweet. Saya jenis suka bergurau dan kalau tweet tu biasa ayat last tu 'masuk air' sikit.

Syafiq turut berkongsi gambar ayam goreng 3x spicy itu di Twitternya.

"Tapi saya tak sangka tweet tu jadi viral. Memanglah tak logik sebab saya hanya bergurau. Mengarut tapi tak sangka ada yang percaya," katanya.

Bercerita lebih lanjut, jejaka dari Terengganu itu turut mendedahkan bahawa seluar koyak yang dimuat naiknya di Twitter bukanlah seluar dalam lelaki seperti apa yang ditulisnya dalam posting tersebut.

"Sebenarnya tu seluar tidur beli dekat Pulau Pinang tahun lepas. Kain seluar tu jenis lembut jadi bila pakai hari-hari dia reputlah.

"Jadi seluar tu bukan boxer dan bukan spender. Seluar tu jenis besar pun sebenarnya dan boleh pakai jalan-jalan," katanya.

Balik tu memang sakit perut tak boleh nak tidur sampai pukul 4 pagi. Keadaan waktu tu memang teruk gila. Asyik membuang je sampai saya terfikir nak pergi hospital. Badan pun jadi lembik.

MUHAMMAD SYAFIQ

Menurut penuntut di sebuah universiti awam di Bangi, Selangor itu, dia sebenarnya seorang yang gemar makan pedas tetapi tidak menduga 'tewas' dengan tahap kepedasan ayam goreng tersebut.

"Saya ada ramai kawan dari Negeri Sembilan, lagipun dulu saya study dekat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Saya memang makan pedas. Semua yang pedas-pedas saya layan.

"Tapi bila sampai ayam goreng terbaharu ni tahap kepedasan dia luar biasa. Memang pedas. Saya memang tak tahan," katanya.

Sebaik pulang daripada menikmati makanan itu, Muhammad Syafiq atau lebih mesra disapa Syafiq berkata dia dan abangnya mengalami sakit perut.

"Balik tu memang sakit perut tak boleh nak tidur sampai pukul 4 pagi. Keadaan waktu tu memang teruk gila. Asyik membuang je sampai saya terfikir nak pergi hospital. Badan pun jadi lembik.

Syafiq memakai seluar yang disangka boxer oleh netizen.

"Lepas ni kalau orang bagi pun rasa macam kena fikir dua kali. Nak habiskan ayam kedua tu lidah dah tak rasa apa-apa... pedas sangat. Tapi kami habiskan juga sebab fikir takkan pedas sampai macam tu.

"Memang teruk sangat proses tu. Masa pagi tu bangun je tidur perut rasa panas je. Petang tu barulah OK sikit. Bila kawan tanya betul ke pedas sangat. Saya pun komen... jangan tak payah try pun," katanya.

Setakat pukul 7 malam Rabu, tweet Syafiq mengenai kisah ayam goreng pedas itu mendapat 13,000 ulang kicau dan 7,900 tanda suka.

Rata-rata pelayar Twitter turut terhibur dengan review pemuda itu mengenai menu terbaharu ayam goreng berkenaan.

"Thank you hiburkan sis dengan explanations tu. Can't stop laughing!," tulis Atikah.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Lain