suria

Gelakkan ‘boba onde-onde’ dibuat rakan, gadis gelak besar tengok bebola dibuatnya lagi ngeri... “Tak buat dah, leceh nak gentel”

Boba yang dihasilkan sendiri oleh Marsya disamakan seperti gigi geraham oleh rakannya.

SEBUT sahaja boba milk tea, pasti ramai yang terbayang akan kekenyalan teksturnya yang dinikmati bersama minuman tersebut.

Malah, mereka yang mengikuti trend baharu itu juga sanggup beratur panjang demi mendapatkannya.

Namun, lain pula ceritanya dengan gadis ini yang mana dia dan rakannya sanggup menggentel boba sendiri di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa perlu diam kalau orang ejek rupa paras kita” - Tahi lalat disamakan dengan 'boba' yang sedang trending, gadis mengaku pernah menangis

Menurut Nurmarsya Mahadzir, dia mendapat inspirasi melakukannya selepas melihat rakannya, Zulia Atifa Huda Mohd Zulkifli berkongsi foto boba hasil air tangannya.

Boba yang dihasilkan oleh Marsya.

Perkongsian mengenai boba 'homemade' hasil air tangan mereka berdua bagaimanapun pantas menjadi tular sehingga dijadikan jenaka oleh netizen.

Kata Marsya, boba yang dibuat olehnya disamakan seperti gigi geraham manakala boba yang dihasilkan rakannya pula kelihatan pelik kerana bersaiz terlalu besar.

"Mula-mula kawan saya yang buat. Bila dia upload gambar boba tu, saya tengok dah tergelak.

"Jadi saya pun buka Youtube, nak buat juga. Saya cuba buat bentuk lain sikit, tapi tak menjadi. Kawan saya kata macam gigi geraham.

"Tapi sebenarnya tak susah pun nak buat, perlu empat bahan iaitu gula perang, tepung ubi, air dan pewarna," ujarnya yang mesra disapa Marsya.

Ni kalau tak tecekik, maybe dia terus ada halkum lepas minum.

NETIZEN

Menurut Marsya lagi, selepas melihat hasilnya dia sudah tidak mahu membuat boba sendiri pada masa akan datang.

"Tak buat dah kot. Bukan serik tapi bagi saya, leceh nak gentel, sebab kena ikut saiz betul-betul.

"Lagipun saya tak selalu minum, sebab minuman tu manis. Tak baik untuk kesihatan. Kalau beli pun dua kali sebulan," ujar gadis berusia 19 tahun itu.

Boba yang dihasilkan oleh rakan Marsya.

Biarpun ia menghasilkan bentuk melucukan, Marsya tetap menikmati boba yang dibuatnya tempoh hari.

Kata Marsya, boba itu diminum bersama air susu yang dibuat di kediamannya di Sungai Buloh, Selangor.

Dalam pada itu, posting Marsya sehingga kini menerima lebih 10,700 ulang kicau (Retweet).

Selain meluahkan rasa lucu dan terhibur, ada juga netizen yang berkongsi foto-foto boba yang dihasilkan mereka sendiri.

"Ni sedut pakai straw tak muat ni, kena guna getah paip hahaha," tulis @twt_Nazrul.

Marsya dan Zulia Atifa Huda bersahabat sejak di bangku sekolah lagi.

"Ni kalau tak tecekik, maybe dia terus ada halkum lepas minum," tulis @arxpkinder.

"Ini kalau tertelan sumpah meninggal hahahaha," tulis @hudahidayahh pula.

Menurut laman web Spoon University, boba merupakan bebola kenyal yang dinikmati bersama minuman seperti teh susu.

Ia mula diperkenalkan di Taiwan sekitar tahun 1980-an.

Trend boba bagaimanapun tiba-tiba meledak di Malaysia sejak beberapa bulan lalu.

Malah, ramai individu turut memuat naik foto-foto mereka yang sedang menikmati minuman berkenaan di laman sosial masing-masing.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain