suria

Siapa abang baju putih ‘naik sheikh’ atas pelamin? “Sejujurnya itulah saya... akaun Tik Tok pun saya tak ada”

(kiri) Sufy semasa membuat persembahan dikir barat. (kanan) Sufy bersama rakan-rakan dan pengantin membuat video aplikasi Tik Tok yang tular. Foto instagram thisispurplesky

KECOH apabila sebuah majlis perkahwinan dihadiri sekumpulan lelaki yang lincah dan bertenaga membuat video aplikasi Tik Tok di pelamin bersama pengantin.

Menerusi lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu versi remix, majlis perkahwinan di Singapura itu turut menyaksikan pengantin lelaki sporting melayan persembahan bersahaja rakan-rakannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya hati tisu, kena menyampuk untuk kasi mood happy” - Nyanyi lagu rap gaya Spiderman, pemuda ini buat kejutan di majlis kahwin sepupu

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar main gamelan tapi menari lagu Blackpink dipertikai, terlalu agungkan K-Pop, “Pergerakan kami tak over!”

ARTIKEL BERKAITAN: Berkompang Dari Kenduri Kahwin Ke Pavilion

Namun, gelagat seorang lelaki berbaju putih dalam ramai-ramai itu mencuri tumpuan gara-gara gerak tarinya yang luar biasa, seolah-olah sedang 'naik sheikh'.

Aksi lincah dan bertenaga bersama pengantin di pelamin. Foto instagram @thisispurplesky

“Yang baju putih tu memang tidur malam dengan Tik Tok aku rasa,” kata seorang netizen, @amriskndr_ menerusi ruangan komen selepas video yang viral itu dikongsikan di laman sosial Instagram rasmi mStar pada Khamis.

“Tak boleh tahan baju putih kat tengah tu. Kemain seronok,” komen @amelya_k.h.a.n.

“Yang baju putih tu over sangat hahaha tapi best,” kata @ieja_jazz yang terhibur dengan aksi pemuda berbaju putih.

Kumpulan dikir barat Andika Kencana bersama pasangan pengantin. Foto instagram thisispurplesky

Pemuda berbaju putih itu, Sufy Ashraf Shukarman Yusoff Martawi berkata, video tersebut dirakamkan semasa majlis perkahwinan salah seorang rakan mereka, Adzidzul Fadleigh dan pasangannya di Tanjong Pagar, Singapura pada 13 Julai lalu.

Baru berusia 22 tahun, Sufy memberitahu, video tersebut hanya tular selepas ia dimuat naik oleh seorang rakan mereka di laman sosial Twitter pada minggu ini.

Bila orang kata saya ni over sangat sebenarnya saya tak terkesan pun. Sebab saya hanya sekadar bersuka-ria bersama rakan-rakan seperjuangan saya.

SUFY

“Kami semua termasuk pengantin lelaki merupakan ahli kumpulan dikir barat yang bernama Andika Kencana.

“Selalunya apabila ahli kami berkahwin, kami memang buat persembahan dikir barat dan bermain kompang pada majlis mereka,” katanya kepada mStar.

Sufy mengakui dirinya seorang yang ceria dan suka buat lawak.

Sufy yang menetap di Hougang di negara republik itu berkata, video yang tular tersebut dibuat sekadar suka-suka sebagai ucapan dan kenangan buat pasangan pengantin.

“Kalau cakap pasal personaliti, saya memang seorang yang ceria, happy go lucky, suka buat lawak sebab saya tak suka melihat orang lain sedih,” katanya yang meminati pelawak Malaysia, Jep Sepahtu.

Siapa sangka pemuda ceria itu merupakan salah seorang daripada empat tukang karut dalam kumpulan dikir barat Andika Kencana yang ditubuhkan pada 1992, dan kini mempunyai kira-kira 90 anggota.

Kumpulan Andika Kencana membuat persembahan pada majlis perkahwinan salah seorang anggota mereka. Foto instagram @thisispurplesky

Tukang karut merupakan individu yang mengetuai persembahan dikir barat yang mana tugasnya adalah berpantun dan menyanyi, disusuli oleh ahli kumpulan.

“Bila ada ahli kumpulan yang kahwin, kami akan hadir pada majlis tersebut dan cuba untuk memeriahkan suasana. Lebih 20 orang yang menyertai persembahan dikir barat pada majlis perkahwinan itu,” ujar anak kedua daripada lima beradik itu.

Sufy yang merupakan juruvideo sambilan mengakui secara realitinya dia mempunyai personaliti yang ceria, seperti yang ditunjukkan dalam video yang tular.

Sufy merupakan salah seorang daripada tukang karut dalam Andika Kencana.

“Sejujurnya, itulah saya. Saya memang sebegitu rupa. Lagi-lagi, apabila saya melihat kawan saya naik pelamin. Tak sangka pun video tu akan tular.

“Bila orang kata saya ni over sangat sebenarnya saya tak terkesan pun. Sebab saya hanya sekadar bersuka-ria bersama rakan-rakan seperjuangan saya.

“Pasal video tu saya tak perasan ada orang lain rakam selain juruvideo. Saya bukannya selalu buat video Tik Tok. Akaun Tik Tok pun saya tak ada, hahaha,” katanya secara berseloroh.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain