suria

Barista disimbah kopi kekal bersama Zus Coffee, sedang cuti bergaji

Barista terlibat sedang cuti bergaji bagi memulihkan emosinya.

BARISTA rangkaian minuman popular, Zus Coffee yang disimbah kopi panas oleh pelanggan warga China kini diberikan cuti bergaji.

Perkara itu dimaklumkan Zus Coffee menerusi kenyataan pada Rabu.

"Zurista kami mengalami situasi yang tegang di premis, laporan polis dibuat pada hari Isnin untuk memastikan keselamatan serta melindungi privasinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf rangkaian kopi popular dimaki, disimbah minuman panas oleh pelanggan didakwa dari China

ARTIKEL BERKAITAN: Staf disimbah kopi sedang berehat, Zus Coffee jalankan siasatan menyeluruh kes pelanggan kasari pekerja

"Zurista yang terlibat kekal bersama kami dan kini sedang mengambil cuti bergaji untuk pulih daripada insiden tersebut.

"Kesejahteraannya kekal menjadi keutamaan kami," ujarnya.

Menyedari setiap pelanggan yang hadir ke premis berbeza-beza, pihaknya mengambil pendekatan untuk memperkukuh latihan dan sistem sokongan.

Menurutnya, ia sekali gus dapat membina budaya kerja yang mampu menangani cabaran dengan profesionalisme dan empati.

Dalam pada itu, Zus Coffee menyeru orang ramai memadam hantaran yang mendedahkan identiti individu terlibat.

Antara komen yang ditinggalkan warga maya.

Ini kerana katanya, insiden yang berlaku memberi kesan kepada kesejahteraan mental dan penyebaran berterusan boleh membawa kesan yang nyata dan berpanjangan.

"Di Zus, kami tidak bertolak ansur dengan tingkah laku agresif dan kami komited untuk memastikan premis kekal selamat untuk komuniti," tambahnya.

Di ruangan komen, warga maya memuji tindakan Zus Coffee yang disifatkan profesional dan menjaga kebajikan setiap pekerjanya.

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen berseloroh dan menyatakan akan memberi sokongan penuh dengan membeli kopi di premis tersebut sebagai tanda penghargaan.

"Profesional betul korang ni. Kagum dengan cara tangani situasi tu. Saya nak beli lagi kopi sebagai tanda penghargaan.

"Well done Zus... ... sejujurnya saya harap semua syarikat F&B akan lakukan perkara sama jika ada kakitangan mereka berdepan situasi seperti ini pada masa akan datang.

"Bagus la Zus menyokong dan membantu pekerja kau," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain