PELAKON Cina tempatan, Lee Thean Kuan memuat naik semula video tular yang memaparkan insiden seorang pekerja wanita di sebuah rangkaian minuman popular disimbah air kopi panas di kaunter, pada Isnin.
Menerusi video tular tersebut, dapat dilihat situasi tegang berlaku di antara staf berkenaan dengan pelanggan wanita, dipercayai dari China yang turut dilihat mencampak minuman panas ke arahnya sebanyak dua kali, sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
"Tolong siasat kes ni. Jangan berdiam diri je bila pekerja awak kena buli. Kena simbah kopi panas bukan hal main-main.
"Kesian kena marah dengan Ch*n*s* M**nl**d Cao Ni Ma (yang bermaksud F your mum). Saya harap akak (pekerja) ni buat laporan polis juga.
"Saya harap ada satu kenyataan rasmi dari Z*s Coffee pasal perkara ini atau kami sebagai bangsa Cina akan boikot syarikat awak," katanya.
Posting tular itu turut mengejutkan ramai netizen yang mana rata-ratanya berasa kurang senang dengan tindakan warga asing tersebut.
Warganet turut menggesa pihak syarikat rangkaian minuman itu mengambil tindakan segera terhadap pelanggan berkenaan dengan membuat laporan polis.
Bagaimanapun ada juga yang tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana tidak mengetahui punca kejadian tersebut.
"Eh tak kisah la apa salah sekali pun. Apa hak kau nak simbah orang macam tu. Bingai macam M**l**d juga kau ni.
"Harap staf tu buat laporan atas serangan secara fizikal. Kurang ajar betul perangai. Z*s Coffee pertahankan hak pekerja dan buat perkara yang betul.
"Apa kisah penuh yang terjadi? Tak ada hujung pangkal tiba-tiba semua nak sokong pekerja tu.
"Apa jadi sebenarnya sampai pekerja tu perlu kejar pelancong dan dia mengamuk? Saya tak sokong sesiapa cuma nak tahu situasi sebenar," tulis beberapa warga maya di ruangan komen.
Sehingga kini, pihak rangkaian minuman berkenaan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut.


