suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janda anak 1 berkemban di rumah duda warga emas, rupanya sudah dua hari datang bermalam

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, -Gambar hiasan

SEORANG lelaki warga emas berstatus duda dicekup sedang berkhalwat bersama seorang janda ketika serbuan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah rumah kampung di sebuah daerah di negeri tersebut, pada Ahad.

Menerusi satu kenyataan, JAINJ berkata serbuan dilakukan pukul 9 pagi selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

Penguat kuasa mengepung rumah berkenaan dan mengetuk pintu sebelum dibuka seorang lelaki, yang kemudian cuba menutupnya semula apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Suami orang, janda muda 'travel' 100km demi check-in hotel sebelum ditangkap khalwat! Beritahu isteri 'ada kursus'

"Penguat kuasa berjaya masuk ke dalam selepas memperkenalkan diri. Lelaki itu nampak ketakutan dan pemeriksaan menemui kanak-kanak berumur empat tahun sedang tidur di ruang tamu," menurutnya.

Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita berstatus janda di dalam bilik air dalam keadaan berkemban dipercayai baru lepas mandi dan kelihatan ketakutan. 

"Siasatan mendapati lelaki berkenaan berusia 70 tahun berstatus duda kematian isteri. Wanita itu pula berstatus janda berusia 30-an dan mempunyai seorang anak. 

"Wanita berkenaan yang berasal dari daerah lain sudah dua hari datang ke rumah duda tersebut.

"Pasangan itu memaklumkan mereka mempunyai perancangan untuk bernikah namun mendakwa ada urusan yang masih belum selesai," menurut kenyataan itu lagi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat. 

 

Artikel Lain