suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Lelaki menggigil minta bantuan dalam tren, dakwa diekori pembunuh sejak pagi

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

VIDEO seorang lelaki berbangsa India yang sedang meminta pertolongan orang awam di dalam tren tular di media sosial sejak Selasa malam.

Menerusi video itu [Tonton Video], lelaki tersebut mendakwa dia diekori oleh seseorang yang berniat untuk membunuhnya.

"Dari pagi mereka ikut saya kak. Abang saya ambil insurans, nak bunuh saya. Abang saya nak bunuh saya. Mereka ikut saya.

"Viralkan, tolong selamatkan saya. Abang saya nak bunuh saya, mereka hantarkan orang. Tolong bantu, tiada orang nak bantu saya.

"Saya dah buat report dah. Orang ganggu saya, ambil insurans nak bunuh saya. Abang kandung saya. (Tolong) masukkan dalam TikTok, Facebook," ujarnya cemas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali balik kerja lewat malam, terkejut tengok suasana dalam LRT... Wanita akui hakikat 'hidup di KL memang keras!'

Lelaki itu kelihatan menggigil memegang beberapa helaian kertas ketika dia berdiri di dalam tren sambil diperhatikan penumpang lain.

Sehingga kini, video itu menerima lebih 2.2 juta tontonan di TikTok.

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Caprice turut berkongsi video itu di laman Instagram.

"Siapa-siapa kenal mangsa dan tahu apa kes atau perlu bantuan, beritahu kami," tulis Caprice.

Di ruangan komen, ramai netizen mendoakan keselamatan lelaki itu dan berharap dia diberi perlindungan sewajarnya.

"Macam mana keadaan dia sekarang? Semoga Allah lindungi dia.

"Kesiannya. Menggigil-gigil tangan dia sambil merayu.

"Ngeri, macam dalam filem," tulis netizen.

 

Artikel Lain