PIHAK pembelaan tertuduh bagi kes pengabaian kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matin, menutup kesnya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa.
Sepanjang enam hari prosiding bermula 21 Julai lalu, seramai lima saksi memberi keterangan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh dengan tertuduh Ismanira Abdul Manaf, 30, hadir sebagai saksi pembelaan (SD) pertama.
ARTIKEL BERKAITAN: Pakar psikologi kanak-kanak sahkan tiada elemen pengabaian terhadap Zayn Rayaan
Saksi pembelaan lain yang turut dipanggil adalah bapa mentua Ismanira, Zahari Mohd Reba (SD2); ibu saudaranya (SD3) dan rakan baiknya Umi Syafiqah Rohizal (SD4).
Pakar Psikologi Kanak-Kanak, Dr Noor Aishah Rosli menjadi saksi pembelaan terakhir (SD5) yang memberi keterangan.
Hakim Dr Syaliza Warnoh kemudiannya menetapkan 8 September depan untuk hujahan bertulis, manakala hujahan balas pada 22 September.
Keputusan di akhir kes pembelaan ditetapkan pada 31 Oktober depan, bagi memutuskan sama ada Ismanira akan disabitkan kesalahan atau dibebaskan daripada pertuduhan.


