suria

Tiga beradik ditahan sakan berbelanja guna kad ATM orang lain

Suspek disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997. -Gambar hiasan

TIGA beradik warga tempatan ditahan selepas disyaki berbelanja menggunakan kad ATM milik orang lain yang ditemukan tercicir/

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, ketiga-tiga suspek menggunakan kad ATM berkenaan untuk melakukan transaksi secara payWave di beberapa premis perniagaan, tanpa pengetahuan dan kebenaran pemilik sebenar kad berkenaan.

Ujar Dzulbaharin, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pemilik kad, selepas mendapati kad ATM miliknya telah digunakan tanpa kebenaran.

"Hasil semakan pengadu dengan pihak bank menunjukkan kad ATM miliknya telah digunakan untuk melakukan beberapa transaksi di pusat beli-belah sekitar daerah ini tanpa kebenaran.

"Susulan laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu berjaya mengesan dan menahan tiga suspek terbabit yang merupakan adik-beradik," katanya dalam kenyataan pada Selasa. 

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana mengakses sistem komputer secara tidak sah.

 

Artikel Lain