suria

“Kejamnya aku, tak adil terpaksa pilih pesakit” - Doktor kendali kes Covid-19 akui rasa bersalah menghantui diri, bagai beri harapan palsu

DIHANTUI perasaan rasa bersalah, malahan mereka juga merasai diri terlampau kejam.

Itu antara luahan perasaan pegawai perubatan yang terpaksa bertarung dengan perasaan sendiri dikala berusaha merawat dan menyelamatkan pesakit Covid-19.

ARTIKLE BERKAITAN: “Nak tulis wasiat” - Itu permintaan terakhir pesakit kanser mangsa Covid-19 sebelum ‘ditidurkan’... saat itu bayangkan frontliner tanpa PPE, pasti segala-galanya terbongkar!

ARTIKLE BERKAITAN: Dada rasa nak pecah, 2 jiran dah ‘tewas’! Pesakit Covid-19 terpaksa berlari ke katil pakai alat pernafasan demi selamat nyawa sendiri- “Kalau lambat, saya akan mati”

Berkongsi pengalamannya dengan mStar, Dr Khairil Syahmi Mokhtar, 30 yang juga doktor bius di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom berkata beban tugas sebagai perawat kini bukan kepalang, apatah lagi apabila mereka terpaksa memilih diantara pesakit untuk dimasukkan ke wad kecemasan.

“Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang lebih muda atau mempunyai prognosis yang lebih baik berbanding pesakit-pesakit lain.

“Selalunya kami akan berterus terang kepada pesakit dan waris, kami akan cakap, keadaan pakcik sekarang tenat tapi kami tak mempunyai katil yang cukup dan terpaksa tempatkan pakcik di wad buat sementara waktu.

“Setiap kali nak menyampaikan berita ini rasa kejamnya aku, kalaulah kami ada kuasa atau fasiliti yang lebih..tapi itulah,” katanya, menambah mereka akan tetap berusaha memberi yang terbaik walaupun pesakit di wad biasa.

Menurutnya, dia bersyukur kerana ahli keluarga serta pesakit amat memahami akan situasi yang dihadapi pihak hospital.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Turut berkongsi keperitan itu adalah rakan setugasnya, Dr Syahirah Zafirah Sukardi, 29.

“Perkara pertama yang saya akan fikir selalunya macam mana kalau berlaku pada ahli keluarga sendiri? Walaupun ada beberapa kriteria yang kita akan lihat terlebih dahulu, keputusan itu tetap tidak mudah kerana ia melibatkan nyawa seorang insan.

"Selalunya memang saya akan rasa berat hati, rasa macam tak adil walaupun pemilihan itu dibuat selepas melalui semua proses perbincangan,” katanya.

Photo Essay – Series 2 COVID-19 – THE INVISIBLE, DEADLY ENEMY By Muhammad Izzuddin Abd Radzak & Muhammad Mustaqim Khairuddin SUNGAI BULOH, July 16 -- The two days we spent taking photographs of the scenes at the Sungai Buloh Hospital, a designated COVID-19 hospital, will remain etched in our memory for a long time. We will not easily forget the COVID-infected infant, linked to a ventilator, who cried incessantly even as the mother kept consoling the child at the paediatric ward. The baby was obviously in pain but how else could it make known its predicament. Neither will we be able to easily erase from our minds the scenes at the ward for patients in Category Four of the five-category disease. Category Four patients normally suffer from pneumonia and require oxygen. They need to be carefully observed to prevent their deterioration to Category Five which involves multiple organ impairment and possibly requiring assisted ventilation. In the afternoon of the first day we adorned the personal protective equipment (PPE) and stepped into the Intensive Care Unit (ICU) where almost every bed had been taken up. An atmosphere of gloom greeted us. The healthcare staff were constantly monitoring the condition of the patients. We saw, much to our shock, a body already placed in a body bag and waiting to be sent to the Forensics Unit. ​More shocks and a state of melancholy were in store for us on the second day. We were shown around the Emergency Unit where the staff were busy attending to patients being brought in one after another. Part of the unit was operating as an ICU due to the shortage of beds in the ICU proper. One could see that the healthcare staff were in various stages of fatigue but they carried on relentlessly taking care of the patients. The ringing of the bell indicating the arrival of new patients in ambulances gave us a jolt each time it sounded. A new patient was brought in almost every hour, but the experienced staff handled the situation calmly.​At the Emergency Unit, doctor who was monitoring the condition of a patient in his 30s lamented that many young people infected by COVID-19 were being brought in to the hospital. He emphasised the importance of getting vaccinated because an inoculated person will not be severely affected by the disease which will not progress to the critical fourth or fifth categories. We put aside our cameras for a moment as we witnessed the passing of two patients at the Emergency Unit, one of whom was the young patient the doctor was attending to. These two patients whom we had met earlier in the day were no more by evening as the deadly virus took its toll. The healthcare personnel quickly prepared the bodies for burial and the beds of these patients were almost immediately taken up by waiting patients. It was a sad day indeed, not easy for anyone to forget. The Sungai Buloh Hospital was the first of the government hospitals to be designated a COVID-19 hospital. The experience garnered by the healthcare personnel at the hospital for more than a year has enabled them to handle and treat patients swiftly and with utmost efficiency. The number of daily cases has not stopped rising. July 14 saw the number recorded at 11,618, and predictions are that the figure will keep rising for two more weeks before stabilising. The battle against COVID-19 is ongoing. Hopefully, our attempt to build a wall to check the virus will be successful. That wall can only be built through vaccination of the population. The people must get themselves vaccinated. Getting vaccinated and adhering strictly to the standard operating procedures (SOP) of wearing a mask, observing physical distancing and washing/sanitising hands frequently are about the only avenues to keep ourselves safe from the virus. Lindung diri, lindung semua. (Protect Oneself, Protect Everyone).CAPTION: Healthcare staff monitoring the condition of COVID-19 patients in an induced coma at the Intensive Care Unit (ICU) of the Sungai Buloh Hospital, a designated COVID-19 hospital. -- fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

Pegawai perubatan memantau keadaan pesakit di Unit Rawatan Intensif, Hospital Sungai Buloh.

Terdahulu pada 31 Mei 2021, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, tindakan itu terpaksa diambil susulan situasi Covid-19 di Malaysia mencapai tahap kritikal.

PhotoGrid_1627485838472

Petugas perubatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom berehat sebentar untuk menghilangkan lelah masing-masing.

Menurut beliau, situasi itu adalah implikasi yang tidak diingini oleh setiap petugas kesihatan, namun pilihan sukar itu terpaksa dilakukan gara-gara sistem kesihatan mencapai kapasiti maksimum.

Pesakit stabil meninggal dunia

Sementara itu, Dr Khairil berkata selain memilih pesakit untuk dimasukkan ke wad kecemasan, emosi mereka juga sering diuji dengan kes kematian yang melibatkan pesakit Covid-19 yang telah berjaya mereka stabilkan.

Berkongsi pengalamannya sendiri, Dr Khairil berkata dia pernah menghubungi seorang wanita untuk memaklumkan berita gembira mengenai kesihatan suaminya yang telah beransur pulih.

“Pagi tu saya maklumkan kepada isteri pesakit yang pakcik sudah sihat, tiub pernafasan sudah dicabut, rehab dan lain-lain semua sudah okay, jadi tengahari pakcik akan dipindahkan ke wad biasa.

“Isteri pesakit gembiralah bila dapat berita tersebut, tapi petang tu tiba-tiba pesakit kena serangan jantung, kami terpaksa melakukan CPR (Cardiopulmonary resuscitation) dan intubasi sekali lagi, tapi malangnya dia gagal diselamatkan.

“Bayangkan saya perlu telefon semula isteri pesakit untuk sampaikan berita kematian suaminya, masa tu saya rasa macam apa yang saya beritahu tengahari tadi umpama memberi harapan palsu,” katanya.

PhotoGrid_1627100743790

Pegawai perubatan sedang melakukan CPR terhadap pesakit (kiri) dan (kanan) prosedur memasukkan tiub intubasi sedang dilakukan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Sedih dengan apa yang berlaku Dr Khairil bagaimanapun tiada pilihan lain selain menghubungi semula wanita terbabit untuk menyampaikan berita buruk terbabit.

“Masa telefon kali kedua tu suara menggigil, saya cuma mampu untuk minta maaf berulang kali.

“Isteri pesakit pula memang terus menangis, dia sampai dah tak mampu nak berkata-kata,” imbasnya kembali.

20210728_225741

Dr Khairil dan Dr Syahirah, masing-masing merupakan doktor bius di Unit ICU, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Sebagai doktor, jelas Dr Syahirah, persoalan sama ada mereka telah memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit akan sentiasa bermain di fikiran terutama sekali apabila dimaklumkan mengenai kematian melibatkan pesakit Covid-19.

“Kondisi pesakit yang kritikal boleh berubah sekelip mata, kadangkala pagi mereka tunjuk respons positif tapi keadaan berubah malam tu. Jadi bila benda macam ini berlaku kami rasa ralat dan sedih sehinggakan kadang-kadang tertanya-tanya adakah kami gagal menjalankan tugas dengan baik?," ujarnya lagi.

Rasa terkilan sangat sebab mereka hadapi dugaan sama-sama, susah sama-sama tapi seorang sahaja yang selamat.

DR KHAIRIL SYAHMI MOKHTAR

Doktor bius

Masuk hospital berdua tapi hanya seorang balik rumah

Sementara itu, Dr Khairil berkata peristiwa lain yang turut meninggalkan kesan mendalam pada dirinya dan rakan-rakan termasuklah kes-kes jangkitan yang melibatkan pesakit suami isteri yang sudah berusia.

Katanya, mereka ini seringkali masuk ke wad bersama-sama, malangnya tidak semua yang berjaya pulang bersama pasangan masing-masing.

“Mereka ini biasanya dimasukkan ke wad kecemasan serentak, katil pun sebelah menyebelah, ada pesakit tu sebelum ditidurkan dia akan tenung suaminya, minta maaf kemudian baru kami tidurkan dia.

“Dua-dua terpaksa ditidurkan tapi cuma suaminya sahaja yang sedar semula.

“Rasa terkilan sangat sebab mereka hadapi dugaan sama-sama, susah sama-sama tapi seorang sahaja yang selamat,” katanya.

WhatsApp Image 2021-07-28 at 11.31.21 PM

Seorang wanita mohon diberi peluang untuk melihat suaminya sebelum dirinya sendiri ditidurkan, suaminya yang turut berada dalam keadaan kritikal bagaimanapun gagal diselamatkan.

Menurut Dr Khairil lagi, mereka kebiasaannya akan merahsiakan sebarang berita buruk sehingga keadaan pesakit betul-betul kuat.

“Nak beritahu berita sedih ni memang benda yang paling susah selalunya kami akan rahsiakan dahulu, kita bagi rehabilitasi dulu, bila pesakit sudah ada semangat dan tenaga baru kami maklumkan, itupun kadangkala kita minta keluarga yang beritahu,” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain