suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Urusan cerai di pejabat peguam bertukar tragedi, mentua tembak menantu dan adik

Mangsa dan adik perempuannya ditembak di pejabat guaman.

PERTEMUAN bagi membincangkan hal penceraian bertukar tragedi apabila seorang bapa mentua melepaskan tembakan kepada menantu perempuan dan adik mangsa.

Susulan tindakan itu, menantunya mengalami kecederaan parah di kepala manakala adik perempuannya maut di tempat kejadian.

Insiden berlaku di sebuah pejabat guaman di Turki ketika mangsa, berusia 37 tahun, dalam proses berpisah dengan suaminya.

Dia bagaimanapun hadir bersama bapa mentuanya untuk berbincang mengenai syarat perceraian tersebut.

Berdasarkan laporan media tempatan pada Jumaat, perbincangan itu bertukar tegang sebelum suspek tiba-tiba mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah mangsa dan adiknya.

Susulan itu, pasukan polis dan pegawai perubatan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, adik mangsa disahkan meninggal dunia di hospital akibat cedera parah di kepala dan dada.

Mangsa yang turut ditembak di bahagian kepala sedang dirawat di Hospital Yüksek İhtisas. Namun keadaannya dilaporkan kritikal dan boleh mengancam nyawa.

Suspek didakwa melarikan diri sejurus kejadian dan polis melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan serta menahannya. -Agensi

Artikel Lain