suria

Lelaki tumbuk pengawal keselamatan wanita selepas diberitahu 'mall' akan ditutup

Tugas sebagai pengawal keselamatan berdepan dengan pelbagai ragam orang ramai. -Gambar hiasan AI

SEORANG pengawal keselamatan wanita di sebuah pusat beli-belah ditumbuk oleh seorang lelaki yang berang diberitahu bahawa kompleks itu akan ditutup.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 11.30 malam Rabu lalu ketika mangsa yang dikenali sebagai Delos, sedang bertugas.

Menurut laporan, lelaki berusia lingkungan 30-an itu pada mulanya mengabaikan teguran bahawa pusat beli belah akan ditutup.

Namun ketika Delos menghampirinya sekali lagi, dia tiba-tiba bertindak agresif sebelum didakwa menumbuk mangsa.

Delos cuba mempertahankan diri tetapi mengalami kecederaan di bahagian tangan dan suspek melarikan diri sejurus kejadian.

Insiden ini dilaporkan berlaku di Singapura.

Polis telah dimaklumkan dan laporan lengkap berserta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut diserahkan.

Mangsa menerima rawatan dan diberikan cuti sakit selama tiga hari.

Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE)  mengecam tindakan tersebut dan menegaskan bahawa pengawal keselamatan perlu dilindungi daripada sebarang bentuk serangan ketika menjalankan tugas di bawah Akta Industri Keselamatan Persendirian (PSIA).-Agensi 

Artikel Lain