suria

Perlis, Sarawak dan Labuan beralih Fasa 3 PPN Rabu ini

Muhyiddin (gambar fail) mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas MKN, Isnin. foto THOMAS YONG/The Star

PERLIS, Sarawak dan Labuan akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa Rabu ini.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi posting di halaman Facebook beliau, petang Isnin.

"Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara lebih banyak negeri akan dapat bergerak ke fasa seterusnya.

"Kita harus optimis dan terus bergerak ke hadapan supaya pemulihan negara dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan selamat," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau turut mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memperincikan kemudahan kepada individu yang telah lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin.

"Turut dibincangkan adalah kemudahan yang bakal dinikmati sektor ekonomi.

"Perkara ini perlu diperhalusi dengan berhati-hati bagi memastikan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan," katanya.

Beliau berkata, lebih ramai yang divaksinasi, lebih ramai yang terlindung, lebih kurang tekanan dan bebanan kepada sistem kesihatan negara dan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang boleh dibuka dengan selamat.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain