suria

Takiyuddin jalani pembedahan jantung selama tiga jam - Sumber

Datuk Seri Takiyuddin Hassan dimasukkan ke hospital sejak Jumaat lalu.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung pada Jumaat lalu, lapor Utusan Malaysia.

Sumber memberitahu bahawa Takiyuddin dipercayai dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung yang memerlukannya menjalani pembedahan selama tiga jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangguhan Sidang Mesyuarat Khas: Polis berkawal di laluan menuju Parlimen

"Takiyuddin menjalani angiogram selama tiga jam kerana ada tiga kawasan yang tersumbat.

"Namun, keadaannya stabil dan dijangka dibenarkan keluar pada Selasa," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia pada Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Difahamkan, Ahli Parlimen Kota Bharu itu dimasukkan ke pusat perubatan iHEAL, Kuala Lumpur. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain