suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penangguhan Sidang Mesyuarat Khas: Polis berkawal di laluan menuju Parlimen

Polis sudah mula berkawal seawal pagi tadi di sepanjang laluan menuju bangunan Parlimen. Foto: The Star

POLIS kini berkawal di sepanjang laluan menuju ke bangunan Parlimen, sejak awal pagi Isnin.

Ini kerana ahli Parlimen pembangkang dijangka akan tetap hadir meskipun Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat telah ditangguhkan ke tarikh yang belum dimaklumkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan tangguh Sidang Khas Dewan Rakyat dibuat mengikut data sains dan kesihatan - TPM

Antara yang dijangka hadir termasuklah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq juga dijangka akan turut hadir.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada Ahad (1 Ogos), Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan agar mesyuarat Parlimen ditangguhkan selama dua minggu, mulai 29 Julai.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, cadangan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko kesihatan dan untuk mencegah penularan Covid-19 di Parlimen, susulan terdapat 11 kes positif dikesan di Parlimen setakat ini. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain