suria

Covid-19: Jangkitan baharu 17,150 kes, Selangor kekal catat jumlah harian tertinggi

Malaysia merekodkan 17,150 kes baharu Covid-19 pada Ahad.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 17,150 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 1,130,422 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 195,273 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 17,150 kes baharu yang dilaporkan, 17,149 kes merupakan penularan tempatan manakala baki satu kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes harian tertinggi! Malaysia rekod 17,786 jangkitan baharu

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 6,326 kes diikuti Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511) dan Johor (1,045).

Perlis pula merekodkan 21 kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 160 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,184 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 11,326 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 925,965 kes.

"Sehingga kini, terdapat 1,059 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 531 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain