suria

Kes harian tertinggi! Malaysia rekod 17,786 jangkitan baharu

Malaysia merekodkan 17,786 kes baharu Covid-19 pada Sabtu.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 17,786 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu, sekaligus menjadi angka tertinggi sejak pandemik dikesan di negara ini.

Sebelum ini, angka kes paling tinggi pernah direkodkan negara ialah 17,405 kes pada 28 Julai.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 1,113,272 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia catat 16,840 jangkitan baharu

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 189,609 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 17,786 kes baharu yang dilaporkan, 17,777 kes merupakan penularan tempatan dan sembilan kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 6,400 kes diikuti Kuala Lumpur (1,962), Kedah (1,389) dan Johor (1,144).

Perlis pula merekodkan 16 kes pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 165 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,024 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 11,718 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 914,639 kes.

"Sehingga kini, terdapat 1,062 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 534 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain