suria

“Covid-19 is real guys” - Alami simptom teruk, Rhys William kongsi khabar duka dari hospital

Rhys menerima rawatan di hospital manakala isteri dan anaknya menjalani kuarantin di rumah.

NAMA Rhys William sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat negara ini.

Terbaharu, vlogger 'Mat Salleh Cari Makan' itu berkongsi khabar duka apabila dia sekeluarga disahkan positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat Salih ini dituduh menyemak tulis tweet dalam Jawi... Rhys William kasihan sikap netizen asyik cari salah

"Positif Covid-19 dan positif denggi," ujarnya menerusi Instagram kepada lebih 121,000 pengikut.

Ujar Rhys, isteri dan anaknya hanya mengalami simptom ringan dan kini menjalani kuarantin di rumah.

Dia pula kini berhadapan masalah pneumonia dalam paru-paru sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.

"Untuk pengetahuan semua, sejak minggu lepas saya dan family saya disahkan positif Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Nasib baik isteri dan anak hanya ada sikit simptom dan selamat berkuarantin di rumah.

"Sebab simptom saya lebih teruk, sekali dengan pneumonia dalam paru-paru (Covid-19 kategori tiga), atas nasihat doktor saya masuk hospital untuk rawatan," ujarnya.

Dalam posting sama, personaliti kelahiran United Kingdom itu turut memberi peringatan mengenai bahaya Covid-19 dan menyatakan terima kasih atas sokongan ramai buatnya.

"Covid-19 is real guys. Please pray for me and my family. Stay safe semua," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah