suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cubaan berarak masuk Parlimen gagal, pembangkang buat laporan polis

Ahli Parlimen pembangkang memberikan ucapan ringkas sebelum bersurai.

CUBAAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli Parlimen pembangkang yang berarak untuk memasuki bangunan Parlimen dihalang oleh polis, lapor The Star.

Terdahulu kumpulan tersebut berkumpul di Dataran Merdeka selepas laluan utama menuju ke bangunan Parlimen ditutup.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangguhan Sidang Mesyuarat Khas: Polis berkawal di laluan menuju Parlimen

Anwar yang juga Ketua Pembangkang cuba berunding dengan polis untuk membolehkan mereka memasuki ke Parlimen namun gagal.

Ahli Parlimen pembangkang mengambil keputusan untuk menghentikan perarakan yang berlangsung selama lebih sejam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Anwar kemudian membuat ucapan ringkas sebelum kumpulan itu bersurai secara aman pada pukul 11 pagi.

Sementara itu, Malaysiakini dipetik melaporkan, beberapa ahli Parlimen telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung perhimpunan di bangunan Parlimen.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, laporan itu dibuat berikutan penutupan Parlimen dan tindakan menghalang anggota Dewan Rakyat memasuki bangunan itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain