suria

Malaysia catat kematian harian tertinggi 219 kes! 15,764 jangkitan baharu Covid-19

Selangor kekal mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 15,764 kes baharu, pada Isnin.

Ia menjadikan keseluruhan 1,146,186 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 199,051 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Jangkitan baharu 17,150 kes, Selangor kekal catat jumlah harian tertinggi

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 6,067 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,536), Johor (1,222), Sabah (1,166) dan Kedah (1,108).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 219 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,403 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 11,767 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 937,732 kes.

"Sehingga kini, terdapat 1,063 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 532 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain