suria

Selangor catat jangkitan tertinggi... Malaysia rekod 4,094 kes baharu Covid-19, lagi 10 kematian

Petugas kesihatan memberi rawatan terhadap pesakit Covid-19. Gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 4,094 kes baharu, menjadikan keseluruhan 198,208 kes setakat Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 43,192 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Khamis melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,577 kes, diikuti Johor, 717 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 678 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Johor rekod jangkitan harian tertinggi, Malaysia catat 3,680 kes baharu... 314 di ICU

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 10 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 717 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 3,281 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 154,299 kes.

"Sehingga kini, terdapat 303 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 118 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain