suria

PKP: Lebih banyak kedai boleh beroperasi hingga 10 malam termasuklah kedai serbaneka, dobi, farmasi - Ismail Sabri

Waktu operasi kedai serbaneka dibenarkan dilanjutkan sehingga pukul 10 malam bermula 29 Januari 2021. foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

KERAJAAN membenarkan waktu operasi beberapa sektor perniagaan antaranya kedai runcit dan serbaneka, farmasi, kedai dobi serta kedai cermin mata dilanjutkan hingga pukul 10 malam, bermula Jumaat (29 Januari 2021).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini hanya waktu operasi restoran dan kedai makan dilanjutkan hingga pukul 10 malam.

Jelas beliau, perkara itu diputuskan selepas penilaian risiko yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kita bersetuju untuk melanjutkan waktu perniagaan bagi sektor-sektor perniagaan yang boleh beroperasi hingga pukul 10 malam, antaranya kedai runcit, kedai serbaneka, farmasi dan kedai keperluan harian, kedai makanan haiwan, kedai dobi serta kedai cermin mata," katanya pada sidang media, petang Khamis.

Ismail Sabri berkata, keseragaman waktu operasi itu dapat memudahkan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Operasi Pematuhan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) orang ramai.

Terdahulu, premis perniagaan hanya dibenarkan beroperasi hingga pukul 8 malam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain