suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas pagi Jumaat, 3 maut dalam kejadian lori dihempap treler dengan muatan simen

Semua mangsa tersepit di tempat duduk dan berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira dua jam.

MALANG menimpa tiga individu apabila mereka maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan sebuah treler pada pagi Jumaat.

Dalam kejadian di di hadapan stesen minyak Petronas di Jalan Kluang-Batu Pahat, Johor pada jam 6.28 pagi, lori seberat tiga tan dengan muatan peralatan bengkel bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan simen.

Nahas mengakibatkan treler menghempap lori dan menyebabkan pemandu lori, Mohamad Azraai Mohamad Rizal, 24, dan dua kelindannya, Sadam Hussin Hamidon, 30, Deli Mustapha, 59, tersepit.

Seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam serta BBP Kluang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmantan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi dari BBP Ayer Hitam, Penolong Pegawai Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin Shoromi Salih berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dibantu sebuah kren.

"Semua mangsa tersepit di tempat duduk dan berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira dua jam. Ketiga -tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun pemandu treler berkenaan, Saiful Nizam Mansor, 39, terselamat dan operasi tamat pada jam 8.43 pagi," katanya dalam satu kenyataan. - Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain