suria

Ustaz Ebit mulakan misi 10 hari, salur bantuan di pantai timur Sabah

Ebit Lew bersama bekalan yang akan disalurkan dalam misi bantuan di pantai timur Sabah. gambar facebook PKUM

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew memulakan misi 10 selama hari ke pantai timur Sabah pada Khamis, bagi membawa bekalan bantuan kepada mereka yang memerlukan di empat daerah.

Pengasas Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (PKUM) itu menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Lahad Datu untuk program pertama beliau bersama pasukan polis di ibu pejabat polis daerah pada sebelah petang.

Terdahulu, menerusi posting beliau di Facebook dan Instagram, usahawan dan dermawan itu berkata, sebanyak 1,000 set makanan, 100 kerusi roda, 75,000 pelitup muka, 200 gajet tablet (bagi kegunaan pelajar) dibawa dalam misi bantuan ke Saba.

Ketua sukarelawan PKUM Sabah, Mohamad Ikhsan Helzy Sutarso berkata, berdasarkan perancangan awal, mereka akan menuju ke Kunak pada Sabtu sebelum ke Semporna untuk berjumpa dengan masyarakat di sana, dan kemudian kembali semula ke Tawau.

Beliau tidak dapat memberikan butiran penerima kerana ia masih dikemas kini oleh sukarelawan, tetapi memberitahu mereka dijadualkan berkunjung ke empat kampung di Lahad Datu dan hospital daerah.

"Bagi alat yang digunakan pelajar untuk pembelajaran dalam talian, kita telah meminta bantuan pihak pentadbiran sekolah dan guru untuk mengenal pasti mereka yang benar-benar memerlukannya untuk pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).

"Sejak permulaan sesi sekolah, mereka (pihak sekolah) dapat menentukan pelajar mana yang menghadapi kesulitan," kata Mohamad Ikhsan, sambil menambah bahawa butirannya akan dibincangkan semasa taklimat, Khamis malam.

Ebit menerusi posting di media sosial pada Khamis meluahkan perasaan terharu beliau apabila pasukan sukarelawan diberikan harga khas untuk penerbangan MAS bagi misi bantuan tersebut.

"Kami ada berbincang untuk misi lain-lain. MAS Airlines akan bersama dalam misi bantuan lain-lain, walaupun terkesan dengan Covid-19," kata beliau.

Bekalan yang akan disumbangkan telah diterbangkan menerusi tajaan oleh syarikat penerbangan kargo, My Jet Xpress dan syarikat perkhidmat sokongan Zen Aviation. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain