suria

Covid-19: Johor rekod jangkitan harian tertinggi, Malaysia catat 3,680 kes baharu... 314 di ICU

Malaysia merekodkan 3,680 kes baharu positif Covid-19 pada Rabu. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini mengenai virus Covid-19 di negara ini di mana sebanyak 3,680 kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 194,114 kes setakat Rabu.

Daripada 3,680 kes baharu yang telah dilaporkan, 3,674 kes adalah penularan tempatan dan baki enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka kematian Covid-19 cecah 700, Malaysia catat 3,585 lagi kes baharu

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 42,389 kes.

Pada Rabu, Johor merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,069 kes diikuti Selangor (822), Kuala Lumpur (698), Sabah (295) dan Perak (181).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan tujuh kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 707 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan pada petang Rabu.

Pada hari ini, 1,858 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 151,018 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 314 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 122 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Johor

Artikel Lain