suria

Angka kematian Covid-19 cecah 700, Malaysia catat 3,585 lagi kes baharu

Untuk rekod semasa, 280 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 111 kes memerlukan bantuan pernafasan. FOTO: ZHAR MAHFOF/The Star.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 3,585 kes baharu, menjadikan keseluruhan 190,434 kes setakat Selasa.

Daripada 3,585 kes baharu yang telah dilaporkan, 3,583 merupakan penularan tempatan dan baki selebihnya kes import luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 9 lagi kes positif Covid-19 pada Sabtu

Selangor hari ini mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,295 diikuti Kuala Lumpur (610), Johor (516), Sabah (303) dan Sarawak (205).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 11 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 700 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 11 kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 700 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 4,076 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 149,160 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 280 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 111 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain