suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KSN jalani kuarantin selepas jadi kontak rapat individu positif Covid-19

Mohd Zuki menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19. foto instagram mohdzuki.ali

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali kini menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

Menerusi posting di laman Instagram, Mohd Zuki akan menjalani kuarantin sehingga 31 Januari ini atas nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau merupakan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 pada 22 Januari.

Walau bagaimanapun, Mohd Zuki berkata, situasi tersebut tidak akan mengganggu urusan pentadbiran perkhidmatan awam.

"Saya akan terus melaksanakan amanah ini dengan bekerja dari rumah bagi mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan atau dihadiri oleh saya," kata beliau pada Selasa.

Mohd Zuki yang dijadualkan mengadakan sidang media Pengurusan Darurat pada pukul petang Selasa, terpaksa membatalkan sesi tersebut berdasarkan perkembangan terkini.

"Saya akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan mekanisme pentadbiran Pengurusan Darurat," katanya. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain