suria

Ikea Cheras ditutup hari ini selepas pengawal keselamatan positif Covid-19

Ikea Cheras menghentikan sementara operasinya pada Isnin susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas.

LAGI premis ditutup sementara berikutan terdapat kes Covid-19 dan kali ini di Ikea Cheras.

Ikea Cheras menghentikan sementara operasinya pada Isnin susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pusat pemborong perabot itu.

Ikea Malaysia dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, pengawal keselamatan itu kali terakhir bertugas pada Sabtu lalu.

Menurut kenyataan itu, semua pengawal keselamatan kini sedang menjalani kuarantin sendiri sementara menunggu arahan selanjutnya daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

"Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kakitangan, pelanggan, rakan kongsi dan komuniti menjadi keutamaan kami.

"Oleh itu, kami mengambil langkah pencegahan dengan menutup cawangan kami di Cheras pada 25 Januari (Isnin) untuk melaksanakan kerja sanitasi dan pengesanan kontak mengikut garis panduan KKM," katanya dalam dikemas kini di Facebook Ikea.

Menurut kenyataan sama, pekerja yang menjadi kontak rapat pesakit telah diarahkan menjalani kuarantin kendiri dan ujian saringan Covid-19.

"Pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC)KKM, 03-8881 0200/0600/0700.

"Kami akan mengikuti segala saranan yang diarahkan oleh pihak berwajib. Kami akan terus ikuti langkah keselamatan yang perlu termasuk penggantian pekerja berkaitan, pengesanan kontak, ujian swab, kuarantin kontak rapat dan sanitasi," katanya. - Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain