suria

Selangor kekal catat jangkitan tertinggi... Malaysia rekod 3,346 kes baharu Covid-19, 11 lagi kematian

Petugas kesihatan memberi rawatan terhadap pesakit Covid-19. gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,346 kes baharu, menjadikan keseluruhan 183,801 kes setakat Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 41,677 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Ahad melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 950 kes, diikuti Sabah, 431 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 390 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: 4,275 lagi kes positif Covid-19 direkodkan, pertambahan 7 kematian

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 3,346 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 11 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 678 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 4,427 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 141,446 kes.

"Sehingga kini, terdapat 265 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 102 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain