suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

4,275 lagi kes positif Covid-19 direkodkan, pertambahan 7 kematian

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,421 kes. FOTO: AZHAR MAHFOF.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 4,275 kes baharu, menjadikan keseluruhan 180,455 kes setakat Sabtu.

Daripada 4,275 kes yang telah dilaporkan, 4,264 merupakan kes tempatan, manakala selebihnya adalah penularan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 3,631 kes positif, 18 lagi kematian akibat Covid-19

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,421 kes diikuti Kuala Lumpur (548), Sabah (498) dan Johor (426).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tujuh kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 667 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 667 kes," ujarnya pada Sabtu petang.

Sehingga hari ini, 4,313 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 137,019 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 260 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 103 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain