suria

3,631 kes positif, 18 lagi kematian akibat Covid-19

Malaysia merekodkan 18 kes kematian Covid-19 pada Jumaat. Foto: KK SHAM/The Star.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 3,631 kes baharu, menjadikan keseluruhan 176,180 kes setakat Jumaat.

Daripada 3,631 kes yang telah dilaporkan, 3,625 merupakan kes tempatan, manakala selebihnya adalah penularan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasan Ali positif Covid-19, sedang terima rawatan di hospital

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 782 kes diikuti Johor (466), Sabah (453) dan Kuala Lumpur (435).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 18 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 660 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 18 kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 660 kes," ujarnya pada Jumaat petang.

Sehingga hari ini, 2,554 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 132,706 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 251 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 102 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain