suria

Malaysia rekod 3,048 kes baharu Covid-19, pertambahan 11 lagi kematian

Petugas kesihatan memberi rawatan terhadap pesakit Covid-19. Gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,048 kes baharu, menjadikan keseluruhan 186,849 kes setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 41,076 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Isnin melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,035 kes, diikuti Johor, 529 kes dan Sabah sebanyak 348 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor kekal catat jangkitan tertinggi... Malaysia rekod 3,346 kes baharu Covid-19,11 lagi kematian

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 11 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 689 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 3,638 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 145,084 kes.

"Sehingga kini, terdapat 261 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 101 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 13 kluster baharu akibat Covid-19 dikesan pada Isnin.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain