suria

Malaysia catat 9 lagi kes positif Covid-19 pada Sabtu

Malaysia catat sembilan kes Covid-19 pada Sabtu.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan sembilan kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,985 kes setakat Sabtu.

Daripada sembilan kes baharu yang telah dilaporkan, tujuh merupakan kes import dan selebihnya merupakan penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 12 kes baharu Covid-19, satu kematian babit warga Filipina

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 125 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 125 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, tiga kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,647 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain