suria

14 kes baharu Covid-19, 13 daripadanya kluster PUI Sivagangga Kedah

Sebanyak 14 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Ahad. Foto: Bernama

SEBANYAK 14 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Ahad, menjadikan keseluruhan 8,999 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 210 kes di mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 14 kes baharu yang telah dilaporkan, 13 merupakan kes penularan tempatan dan satu kes merupakan kes import.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 9 lagi kes positif Covid-19 pada Sabtu

Daripada 13 penularan tempatan itu, 11 kes adalah dari Kluster PUI Sivagangga di Kedah, manakala dua kes lagi adalah kes saringan di pintu masuk antarabangsa di Sabah.

Satu kes import direkodkan di Selangor melibatkan seorang warga asing yang pulang dari Filipina.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 125 kes kematian.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 125 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 17 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,664 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain