suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hamzah Zainudin dibenar keluar hospital, pulih sepenuhnya daripada Covid-19

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19. Foto: The Star

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19.

Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Zulkifli Bujang, Hamzah sudah dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lalu dan kini berada dalam keadaan yang baik.

Untuk rekod, Hamzah disahkan positif Covid-19 pada 12 Januari lalu.

Terdahulu sebelum itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, turut disahkan positif Covid-19.

Hamzah kemudian dirawat dan dikuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain