Covid-19: Keputusan laksana TEMCO di Sabah akan diputuskan hari ini

Dr Noor Hisham (gambar fail) mengulas mengenai perkembangan berkaitan Covid-19 di Sabah. Foto Bernama

KEPUTUSAN akan dibuat pada Isnin (28 September), sama ada untuk menasihati kerajaan negeri Sabah supaya mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu mesyuarat akan diadakan pada Isnin untuk membincangkan perkara tersebut, berikutan kenaikan kes Covid-19 sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

"Kita akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan langkah seterusnya berkaitan Covid-19 untuk Sabah dan akan membuat pengumuman," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Seminar Jururawat Kanser Payudara Malaysia Ke-7 di Institut Kanser Putrajaya di Putrajaya, Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik mendadak! 150 kes direkod pada Ahad, Sabah kekal catat jumlah tertinggi

ARTIKEL BERKAITAN: Berkuatkuasa Ahad... Semua individu pulang dari Sabah wajib jalani ujian Covid-19, pakai gelang kuarantin

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham tidak memberi petunjuk sama ada Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau jawatankuasa khas Kabinet akan bermesyuarat untuk meneliti perkara itu.

Beliau turut tidak mendedahkan pihak yang akan membuat pengumuman tersebut.

Dr Noor Hisham berkata, langkah-langkah telah diambil untuk memantau penularan Covid-19 di Sabah.

Ini katanya, termasuk mempertingkatkan kawalan sempadan bagi menyekat kemasukan pendatang asing ke negara ini secara haram, yang begitu penting dalam membanteras jangkitan virus.

"Bagaimanapun, kita tidak mengumumkan penguatkuasaan PKP atau PKPD secara pentadbiran (ketika Pilihan Raya Negeri Sabah) kerana kita tidak mahu menyekat kebebasan rakyat untuk mengundi serta memilih pentadbiran baharu," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PKPD, TEMCO, Sabah,

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain