suria

Sah! Kakitangan NU Sentral pula positif Covid-19, proses disinfeksi sudah dilakukan ikut SOP

Proses disinfeksi segera dilakukan selepas seorang kakitangan di Nu Sentral disahkan positif Covid-19. Foto: Nu Sentral Mgmt

PENGURUSAN pusat beli belah NU Sentral di Kuala Lumpur mengesahkan seorang kakitangannya positif Covid-19 pada Sabtu.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial pada Ahad, ia turut memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segera melakukan pengesanan kontak rapat termasuk kakitangan pengurusan yang sudah menjalani ujian Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Kakitangan di premis di Sunway Pyramid positif Covid-19

"Ujian pertama menunjukkan kesemua mereka negatif, tetapi semua kakitangan telah diarahkan menjalani kuarantin 14 hari," kata kenyataan itu.

Berikutan itu, proses disinfeksi segera dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

"Kami akan terus mengambil langkah pencegahan yang diperlukan di mana keselamatan pekerja, rakan perniagaan dan orang ramai sangat penting bagi kami.

"Kami menasihati semua pengunjung untuk terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh KKM, mengamalkan kebersihan yang baik, memakai topeng muka dan menjaga jarak sosial setiap masa.

"Keselamatan dan kesejahteraan anda tetap menjadi keutamaan kami," kata kenyataan itu lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, NU Sentral, beli belah, SOP

Artikel Lain