suria

Ketua Menteri baharu Sabah angkat sumpah esok

Jeffrey ketika ditanya mengenai majlis angkat sumpah ketua menteri Sabah yang baharu.

SELEPAS selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu lalu, kini dimaklumkan majlis mengangkat sumpah bagi jawatan ketua menteri yang baharu akan diadakan esok.

Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Negeri Sabah dalam satu kenyataan ringkas kepada media, Isnin.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang bakal mengangkat sumpah jawatan itu masih belum didedahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Yang di-Pertua Negeri minta tempoh, akan umum secepat mungkin nama KM Sabah yang baharu - Bung

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Sabah: Bung, Hajiji ke Istana Negeri bertemu Tun Juhar

"Untuk makluman majlis angkat sumpah ketua menteri akan berlangsung pada 29 Sept 2020 jam 10.30 pagi di Istana Negeri Sabah," kata kenyataan berkenaan.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin dan Pengerusi Bersatu, Hajiji Mohd Noor menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin petang Ahad.

BN dan Perikatan Nasional Sabah merupakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memenangi 38 kerusi pada pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Juhar dikatakan memerlukan masa untuk membuat keputusan untuk memilih pemimpin bagi jawatan itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain