suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRN Sabah: Bung, Hajiji ke Istana Negeri bertemu Tun Juhar

Datuk Seri Bung Moktar Radin. The Star/Zulazhar Sheblee

KETIKA ramai yang berteka teki mengenai siapakah calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang akan diangkat sebagai Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Hajiji Mohd Noor dilihat memasuki Istana Negeri di Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Mereka akan bertemu dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin susulan kemenangan gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-16 pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! GRS menang majoriti mudah PRN Sabah

Bung yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional Sabah, dan rakan sejawatnya, Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah sebelum itu mengadakan pertemuan di Magellan Sutera Harbour.

Bagaimanapun kedua-duanya tidak mendedahkan siapakan yang akan dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah.

"Yang di-Pertua Negeri akan memutuskan," kata Bung ketika ditanya apakah ketua menteri akan dipilih daripada parti Barisan Nasional (BN).

Dipercayai bahawa pertemuan dengan Tun Juhar berlangsung pada pukul 2.30 petang.

Dalam PRN pada Sabtu, BN memperoleh 14 kerusi Dun, Perikatan Nasional (PN) memperoleh 17 kerusi dan Bersatu memperoleh tujuh kerusi.

Jumlah tersebut sekaligus membolehkan gabungan itu memperoleh majoriti mudah 38 kerusi. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain