suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah! Kakitangan di premis di Sunway Pyramid positif Covid-19

Seorang kakitangan di sebuah premis di pusat beli-belah Sunway Pyramid disahkan positif Covid-19.

SUNWAY Pyramid mengesahkan seorang kakitangan di sebuah premis di pusat beli-belah itu positif Covid-19 pada Sabtu.

Dimaklumkan bahawa kakitangan berkenaan mempunyai 'sejarah perjalanan'.

Menurut Sunway Pyramid, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit, dan diarahkan menjalani proses saringan dan kuarantin.

"Kami mahu memastikan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes itu tersebut adalah kes terpencil, dan telah diatasi segera setelah dikenal pasti bersama dengan penyewa yang berkaitan, dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan," tulis pengurusan pusat beli-belah itu di halaman Facebook, pada Sabtu.

Menurut Sunway Pyramid, pihaknya telah melakukan proses nyah kuman dan pembersihan di premis berkenaan.

"Kami juga telah bekerjasama dengan penyewa yang terlibat untuk menyelaraskan secara menyeluruh bagi kerja-kerja nyah kuman, dan menangani masalah ini dengan proaktif.

"Kakitangan telah dilatih untuk mengamalkan protokol dan standard yang tinggi untuk kebersihan dan sanitasi, selari dengan garis panduan kesihatan dan keselamatan KKM mengenai Covid-19," tulisnya.

Pusat beli-belah itu turut meminta orang ramai supaya tidak panik dengan insiden berkenaan dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri yang baik. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain