suria

Naik mendadak! 150 kes direkod pada Ahad, Sabah kekal catat jumlah tertinggi

Malaysia mencatatkan 150 kes bahari Covid-19 pada Ahad. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 150 kes baharu, menjadikan keseluruhan 10,919 kes setakat Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 950 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 150 kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara dan seorang bukan warganegara.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 146 kes adalah penularan tempatan, terdiri daripada 124 warganegara Malaysia dan 22 bukan warganegara.

Sabah masih merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 124 kes, diikuti Selangor (11), Kuala Lumpur (6) dan Pahang (4).

"Adalah dimaklumkan terdapat satu pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 134 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Ahad

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 50 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 9,835 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat enam kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sabah

Artikel Lain