suria

Hajiji dipilih jadi Ketua Menteri baharu Sabah

Hajiji dicalonkan sebagai Ketua Menteri baharu Sabah. Foto ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

PARTI Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah bersepakat menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman, Datuk Hajiji Mohd Noor sebagai ketua menteri negeri yang baharu.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri itu dijangka mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri pada Selasa.

"Kita telah menerima mandat rakyat, dan kita akan melaksanakan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat selari dengan manifesto kita," katanya.

Hajiji dijangka menamakan barisan menteri kabinet Sabah tidak lama lagi dan juga mempertimbangkan calon timbalannya.

Perbincangan dalam kalangan GRS dibuat berhubung calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang menang iaitu Hajiji dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin dinamakan calon-calon ketua menteri baharu.

Keputusan akhirnya dicapai dalam perbincangan selama dua hari selepas PRN Sabah pada 26 September. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain