suria

Tolak kerajaan pintu belakang, Majlis Presiden PH sepakat sokong Tun M sebagai perdana menteri ke-8

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

DALAM perkembangan semasa kemelut politik negara, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Sabtu menyatakan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mentadbir negara sebagai perdana menteri.

Menerusi kenyataan yang diedar pagi ini, PH sepakat menolak sebarang usaha kerajaan pintu belakang yang disifatkan bakal menjadi perosak kepada usaha reformasi selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas bertemu pemimpin PH, Tun M yakin dapat sokongan majoriti jadi calon PM ke-8, tetap tolak Umno

"PH merupakan gabungan yang telah mendapat mandat jelas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"PH bertegas menentang sebarang usaha kerajaan pintu belakang terutama yang melibatkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan, yang akan merosakkan segala usaha reformasi yang telah dilaksana sehingga kini.

"Demi mempertahankan perjuangan, PH menyatakan sokongan penuh terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri," ujar kenyataan itu.

Ia turut dikongsi menerusi laman sosial Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, menerusi laporan di mStar pada Khamis, Dr Mahathir bersetuju sekiranya Muhyiddin mendapat sokongan majoriti dan dilantik menjadi perdana menteri kelapan.

Dalam perkembangan terbaharu pada Jumaat, seramai 57 Ahli Parlimen Umno dan Pas merangkumi Muafakat Nasional turut bersetuju mencadangkan Muhyiddin untuk mengisi jawatan itu.

Pada Jumaat juga, parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepakat mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin untuk mengisi jawatan perdana menteri kelapan.



Artikel Lain