Rakyat gelisah, Syed Saddiq tolak golongan korup - “Saya tak akan kerjasama dengan perasuah, tak setuju dirikan kerajaan dengan mereka” - Semasa | mStar

Rakyat gelisah, Syed Saddiq tolak golongan korup - “Saya tak akan kerjasama dengan perasuah, tak setuju dirikan kerajaan dengan mereka”

Syed Saddiq membuat perkongsian video pada pagi Sabtu. FOTO: Instagram Syed Saddiq. fotoBERNAMA.

VIDEO melibatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikongsi menerusi laman sosial seolah-olah memecah keheningan awal pagi Sabtu di sebalik krisis politik yang melanda sejak beberapa hari lalu.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu secara tegas menyatakan pendiriannya berhubung kemelut semasa politik tanah air.

Menurut Syed Saddiq, dia peka keadaan semasa telah menggugat kestabilan negara dan ekonomi, malah mengakui rakyat turut marah akan hal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu dan Muafakat Nasional calonkan Muhyiddin sebagai PM ke-8

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya nak Malaysia jadi nombor 1" - Syed Saddiq perjelas isu BTS

Malah katanya, rakyat negara ini juga berhak mendapat sebuah negara yang baik, dihormati serta bebas daripada amalan rasuah.

"Rakyat berasa marah dan gelisah sehingga mereka tertanya-tanya, apakah akhlak, maruah dan prinsip ahli politik di Malaysia?

"Saya ingin tegaskan satu perkara, saya tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan-golongan perasuah, jauh sekali bersetuju untuk mendirikan kerajaan bersama dengan mereka.

Posting di Twitter Syed Saddiq.

"Ini bukan lagi soal parti atau majoriti, ini adalah soal identiti dan integriti," ujarnya dalam video berdurasi seminit itu.

Tambah Syed Saddiq, dia tahu kenyataannya itu tidak akan disenangi segelintir pihak namun dia tetap dengan pendiriannya kerana beranggapan rakyat memiliki kuasa sebenar, bukannya ahli politik.

"Ini bukan lagi soal parti atau majoriti, ini adalah soal identiti dan integriti.

Rakyat berasa marah dan gelisah sehingga mereka tertanya-tanya, apakah akhlak, maruah dan prinsip ahli politik di Malaysia?

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN

KETUA ARMADA BERSATU

"Saya faham pendirian saya tidak akan disenangi oleh segelintir ahli politik tetapi ahli politik datang dan pergi, rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini.

"Biar mati bermaruah, jangan hidup dijajah," ujarnya tegas.

Dalam pada itu, video itu turut menerima pelbagai komen daripada netizen.

Malah, ia berjaya mengumpul lebih 15,000 jumlah tontonan dalam tempoh sejam selepas ia dimuat naik.

"Jika ini pendirian kamu, kamu berada di landasan betul untuk berjaya. Tetapkan pendirian dan berjuang dengan kami.

"Tabik kerana hidup dengan prinsip dan bukan macam geng pengkhianat.

"Parti kamu sudah buat keputusan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN). Jika berani, saya cabar kamu keluar parti," tulis beberapa pelayar Twitter.

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain