Bersatu dan Muafakat Nasional calonkan Muhyiddin sebagai PM ke-8 - Semasa | mStar

Bersatu dan Muafakat Nasional calonkan Muhyiddin sebagai PM ke-8

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

KESAMARAN dan teka-teki mengenai pendirian setiap parti dalam mencalonkan perdana menteri kelapan masih lagi belum terungkai.

Bagaimanapun, parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Jumaat sepakat mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin untuk mengisi jawatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M

"Mesyuarat Ahli-Ahli Dewan Rakyat Bersatu pada hari ini telah memutuskan untuk mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, presiden Bersatu dan ahli Parlimen Pagoh sebagai perdana menteri Malaysia kelapan untuk perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Mesyuarat hari ini dihadiri seramai 36 Ahli Dewan Rakyat Bersatu," ujar kenyataan oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Wira Marzuki yahya.

Terdahulu pada Khamis, perdana menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima semula jawatan Pengerusi Bersatu selepas melepaskan jawatan itu pada Isnin.

Menerusi laporan berasingan di mStar pada Khamis, Dr Mahathir turut bersetuju sekiranya Muhyiddin mendapat sokongan majoriti dan dilantik menjadi perdana menteri kelapan.

Dalam perkembangan terbaharu, seramai 57 Ahli Parlimen Umno dan Pas merangkumi Muafakat Nasional bersetuju mencadangkan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri kelapan.

"Umno (dengan 39 Ahli Parlimen) dan Pas (dengan 18 Ahli Parlimen) selaku gabungan Muafakat Nasional telah bersetuju mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh (Bersatu) sebagai perdana menteri kelapan untuk perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Ini bermakna seramai 57 Ahli Parlimen Umno dan Pas memberi sokongan sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin," ujar kenyataan gabungan itu pada petang Jumaat.

Kenyataan media itu turut ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain