Borang cukai pendapatan melalui e-Filing tahun taksiran 2019 boleh dihantar mulai Mac - Semasa | mStar

Borang cukai pendapatan melalui e-Filing tahun taksiran 2019 boleh dihantar mulai Mac

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2019 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, P, BT, M, MT, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac 2020.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan LHDN pada Jumaat, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang BE mereka menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Mobile Filing (m-Filing/Borang m-BE).

e-Filing dan m-Filing merupakan aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my .

Pembayar cukai boleh merujuk pautan berikut untuk mendapatkan butiran terperinci berkenaan pengemukaan BNCP ini.

http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_1.pdf

LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar BNCP dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan terhadap mereka.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain