Majlis Presiden percaya Anwar raih pencalonan terbesar selepas 221 MP menghadap Agong, mohon diberi peluang buktikan keyakinan majoriti - Semasa | mStar

Majlis Presiden percaya Anwar raih pencalonan terbesar selepas 221 MP menghadap Agong, mohon diberi peluang buktikan keyakinan majoriti

Majlis Presiden PH berpandangan Anwar wajar diberi peluang menghadap Agong untuk membuktikan keyakinan majoriti ahli Parlimen terhadapnya.

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat jumlah pencalonan terbesar selepas 221 ahli Parlimen menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa dan Rabu.

Kenyataan itu dikeluarkan pada Jumaat, tidak lama selepas Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin mengumumkan pendirian Agong bahawa baginda tidak yakin mengenai mana-mana calon yang meraih sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong belum yakin MP raih kepercayaan majoriti, istana beri peluang ketua parti calon nama bakal PM

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu sepakat calonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8

"Majlis Presiden Pakatan Harapan menyambut baik kenyataan media Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara serta menjunjung kasih terhadap perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk terus berusaha mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu pelantikan perdana menteri.

"Majlis Presiden percaya bahawa calon Pakatan Harapan, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mendapat jumlah pencalonan terbesar dari kalangan ahli-ahli Parlimen berdasarkan proses yang telah ditentukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari," menurut kenyataan tersebut.

Menurut Majlis Presiden PH lagi, Anwar wajar diberi peluang untuk menghadap Agong untuk membuktikan keyakinan majoriti ahli Parlimen terhadapnya.

Malah, mereka turut meletakkan kepercayaan terhadap proses, budi bicara serta kebijaksanaan Agong untuk mencari penyelesaian dalam proses pelantikan perdana menteri kelapan.

Artikel Berikut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain